Serangan Jantung Boleh Dielak Dengan Amalan Minyak Zaitun
Serangan jantung merupakan salah satu penyakit jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia sejak 13 tahun lalu. Menurut laporan akhbar tempatan, peningkatan sebanyak 54 peratus telah dicatatkan dalam tempoh 10 tahun ini dengan 13,503 kematian pada 2017 berbanding hanya 8,776 kematian pada 2007. Antara faktor yang menjadi perbincangan adalah gaya hidup masyarakat di negara terutamanya tabiat pemakanan tidak sihat. Antaranya pengambilan refined carbo yang tidak terkawal, minuman dan makanan berproses serta makanan segera. Terdapat kajian mendapati makanan-makanan ini banyak mengandungi bahan tidak sihat seperti trans-fa t, pengawet dan pewarna tiruan yang menjadi punca gangguan kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang. Jika dibandingkan dengan negara Mediterranean, kadar penyakit jantung adalah lebih sedikit berbanding di negara kita. Ini dipengaruhi budaya pemakanan yang juga dikenali Mideterranean Diet yang mana lebih banyak mengandungi...