Posts

MANFAAT KESIHATAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Image
*1) Membantu Mengatasi Masalah Penghadaman* Minyak zaitun, terutama yang dikelaskan dalam kategori Extra Virgin Olive Oil (EVOO) diketahui mengandungi kandungan asid lemak tidak tepu iaitu MUFA (Monounsaturated Fatty Acid) dan PUFA (Polyunsaturated Fatty Acid). MUFA & PUFA mampu melancarkan pergerakan makanan di dalam usus untuk proses pencernaan dan nyahtinja. *2) Menggalakkan Pertumbuhan Bakteri Baik (Probiotic) di dalam Usus* Pengambilan EVOO mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik (Probiotic) seperti Lactobacillus, Bifidobacterium, Bacteroides dan Clostridium. Di samping itu, EVOO juga dikenal pasti mampu membunuh bakteria patogen seperti Blautia spp. yang menyumbang kepada masalah obesiti dan keradangan. *3) Mengawal Kadar Kolestrol di dalam Darah* Kajian saintifik telah membuktikan pengambilan makanan organik yang kaya dengan MUFA & PUFA dapat menurunkan kadar Low Density Lipid (LDL) dan Triglyceride (TG). Ini secara langsung dapat meningkatkan kadar High Density Lipid...

Kepentingan hati dan solusinya

Your Liver.Your Health. TAHUKAH ANDA? HATI ADALAH ORGAN YANG PENTING DI DALAM TUBUH, YANG BERFUNGSI SECARA SENYAP DAN TIDAK MEMPUNYAI RESEPTOR SAKIT. MENGAPA HATI BEGITU PENTING? 1️⃣Detoksifikasi Menukar dan menyingkirkan toksin, b a t atau bahan kimia. 2️⃣Menapis Darah Membersihkan darah dari pert dan usus dengan menyingkirkan toksin, bahan sampingan, serta bahan berbahaya. 3️⃣Pencernaan Merembeskan jus hempedu untuk mencerna lemak daripada pengambilan makanan. 4️⃣Metabolisme Kolesterol Menghasilkan dan menyingkirkan kolesterol mengikut keperluan badan. 5️⃣Metabolisme Glukosa Menyimpan glukosa berlebihan serta menukar semula glikogen kepada glukosa apabila perlu. 6️⃣Penyembuhan Luka Menghasilkan protein darah seperti albumin dan elemen pembekuan darah untuk penyembuhan luka. 7️⃣Menyimpan Vitamin dan Mineral  Hati menyimpan vitamin A, D, E, K, B12 serta zat besi dan kuprum. PERINGKAT KEROSAKAN HATI Peringkat1: Hati Berlemak (Fatty Liver) Pengumpulan lemak yang tidak berbahaya dalam...

Tidur lewat bawa mudarat

Image
Yang suka tidur lewat atau kerja shift sila baca! 1. Tidur lewat atau pola tidur yang tidak teratur boleh memberi kesan besar kepada kesihatan hati kita.  2.Hati berperanan penting dalam proses detoksifikasi, metabolisme, dan mengawal fungsi penting tubuh.  3.Bila tidur kita terganggu, hati pun tak dapat berfungsi dengan baik. Ini beberapa kesan yang mungkin berlaku: ➡️Ritma Hati Terjejas: Hati ada ritma semula jadinya sendiri, dan tidur tak teratur boleh kacau proses ni. Hati lebih aktif buat kerja detoks bila kita tidur lena di malam hari. Tapi kalau kita tidur lewat, toksin mungkin terkumpul sebab hati tak sempat nak detoks dengan sempurna. ➡️Risiko Hati Berlemak: Tidur yang tak cukup atau lewat malam boleh tingkatkan risiko **penyakit hati berlemak**. Sebab, bila kita kurang tidur, metabolisme glukosa dan lemak terganggu, dan ini boleh sebabkan lemak terkumpul dalam hati, yang lama-lama boleh jadi keradangan. ➡️Tekanan Oksidatif & Keradangan: Tidur lewat ju...

Perut dan hati

Perut dan hati.. bagaimanakah terkait.. Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan (Hadis riwayat Ad-Dailami) Maksud perut tempat segala penyakit adalah apa yang kita isi ke dalam perut kita.. kalau diisi dengan kalori yg banyak, jadilah kita obese dan meningkatkan risiko kita mendapat macam2 penyakit..  Jika diisi dengan makanan berkolesterol tinggi, dapatlah penyakit high cholesterol dan meningkat risiko heart attack, stroke dsbnya.. Kalau diisi dengan karbohidrat dan gula yg tinggi, dapatlah kencing manis..  Jika diisi dgn makanan diproses serta kaya dengan perisa, pengawet dan pewarna, dapatlah keradangan kronik yg menjadi penyebab bagi banyak penyakit juga.. Segala bahan yg lalu di perut dan menjalani proses penghadaman seterusnya di usus, akan diserap ke salur2 darah yg akan mengalir ke hati.. mereka semua akan menjalani segala macam proses di hati yg mana hati diketahui memproses lebih dari 500 perkara.. Bayangkan bet...