MANFAAT KESIHATAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

*1) Membantu Mengatasi Masalah Penghadaman*
Minyak zaitun, terutama yang dikelaskan dalam kategori Extra Virgin Olive Oil (EVOO) diketahui mengandungi kandungan asid lemak tidak tepu iaitu MUFA (Monounsaturated Fatty Acid) dan PUFA (Polyunsaturated Fatty Acid). MUFA & PUFA mampu melancarkan pergerakan makanan di dalam usus untuk proses pencernaan dan nyahtinja.

*2) Menggalakkan Pertumbuhan Bakteri Baik (Probiotic) di dalam Usus*
Pengambilan EVOO mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik (Probiotic) seperti Lactobacillus, Bifidobacterium, Bacteroides dan Clostridium. Di samping itu, EVOO juga dikenal pasti mampu membunuh bakteria patogen seperti Blautia spp. yang menyumbang kepada masalah obesiti dan keradangan.

*3) Mengawal Kadar Kolestrol di dalam Darah*
Kajian saintifik telah membuktikan pengambilan makanan organik yang kaya dengan MUFA & PUFA dapat menurunkan kadar Low Density Lipid (LDL) dan Triglyceride (TG). Ini secara langsung dapat meningkatkan kadar High Density Lipid (HDL) yang mudah dikumuhkan di dalam salur darah.

*4) Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular*
Penyakit-penyakit CVD ini timbul susulan kandungan LDL & TG yang tinggi di dalam salur darah. Memandangkan MUFA & PUFA di dalam EVOO mampu bertindak balas dengan LDL & TG lalu membentuk HDL yang tidak termendap dan mudah dikumuhkan, maka risiko penyakit-penyakit CVD ini mampu dikurangkan.

*5) Membantu Mengawal Berat Badan dan Mengurangkan Risiko Obesiti*
Obesiti berpunca dari rutin makan berlebihan. Kajian menunjukkan pengambilan EVOO sebanyak 40g (2 sudu besar) mampu menurunkan kadar Adiponectin & Leptin di dalam darah yang berfungsi merangsang selera makan. Ini bermaksud pengambilan EVOO secara konsisten akan membantu mengurangkan rasa lapar seterusnya mengawal pengambilan makanan berlebihan. Kandungan MUFA & PUFA yang tinggi juga mengawal kadungan kolesterol membentuk diet yang seimbang.

*6) Bersifat Anti-Radang*
Keradangan (Inflammation) adalah satu keadaan patologi yang berlaku kepada mereka yang menghidap penyakit-penyakit CVD, tekanan perasaan (Depression), sakit sendi dan Obesiti. Kajian menunjukkan, pengambilan EVOO mampu menurunkan kadar pemicu keradangan seperti TNF-α, Interleukin 1 dan Interleukin 6.

*7) Keupayaan Kognitif, Alzheimer & Dementia*
Keupayaan Kognitif secara semulajadi menurun mengikut usia yang disebut sebagai Kemerosotan Kognitif yang akhirnya menyebabkan Alzheimer & Dementia. Kemerosotan kognitif ini juga boleh disebabkan oleh kadar keradangan yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan EVOO mampu untuk memperlahankan kadar kemerosotan kognitif yang secara langsung mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Dementia.

*8) Mempunyai Sifat Antioksida*
EVOO mengandungi polifenol yang memiliki keupayaan antioksida yang tinggi seperti Oleuropein dan Flavonoids. Antioksida diketahui mampu untuk mengurangkan kadar radikal bebas di dalam badan yang secara langsung menurukan risiko penyakit kronik seperti Type-2 Diabetes dan Kanser.

Comments

Popular posts from this blog

Serangan Jantung Boleh Dielak Dengan Amalan Minyak Zaitun

Cara Minum Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Ketahui