PALEO DIET TIDAK BOLEH DIAMALKAN DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG
27 JULAI 2019 Ada satu kajian menunjukkan “Paleo Diet” meninggikan tahap TMAO, iaitu metabolite (bahan terakhir yang terbentuk semasa proses metabolisme) yang dikaitkan dengan penyakit jantung. Kajian ini dditerbitkan dalam 'European Journal of Clinical Nutrition'. "Paleo Diet," adalah diet atau cara pemakanan yang kurangkan pengambilan bijiran (grain) yang kaya dengan fiber dan tidak menggalakkan pengambilan produk susu. Ia menggalakkan pengambilan lemak tepu yang banyak terutama sumber daging merah. Saintis mendapati pengamalan "Paleo Diet" ini meningkatkan bilangan kuman dalam usus yang terlibat dalam proses keradangan dan penyakit jantung. Saintis juga mencadangkan agar diet ini tidak diamalkan untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan. Saya mencadangkan kita mengamalkan diet yang seimbang, bermakna ada karbohidrat kompleks yang terdiri dari bijirin, kekacang, sayuran dan buahan. Ambil juga protein dari sumber d...