PALEO DIET TIDAK BOLEH DIAMALKAN DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG

27 JULAI 2019

Ada satu kajian menunjukkan  “Paleo Diet” meninggikan tahap TMAO, iaitu metabolite (bahan terakhir yang terbentuk semasa proses metabolisme) yang dikaitkan dengan penyakit jantung.

Kajian ini dditerbitkan dalam  'European Journal of Clinical Nutrition'.

"Paleo Diet," adalah diet atau cara pemakanan yang kurangkan pengambilan bijiran (grain) yang kaya dengan fiber dan tidak menggalakkan pengambilan produk susu. Ia menggalakkan pengambilan lemak tepu yang banyak terutama sumber daging merah.

Saintis mendapati pengamalan "Paleo Diet" ini meningkatkan bilangan kuman dalam usus yang terlibat dalam proses keradangan dan penyakit jantung.

Saintis juga mencadangkan agar diet ini tidak diamalkan untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Saya mencadangkan kita mengamalkan diet yang seimbang, bermakna ada karbohidrat kompleks yang terdiri dari bijirin, kekacang, sayuran dan buahan. Ambil juga protein dari sumber daging putih seperti ikan, telur dan susu.

Jangan lupa juga "minyak sihat" iaitu minyak zaitun, avokado dan minyak ikan yang kaya dengan lemak tidak tepu, vitamin E dan omega 3.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE dan OPU sebagai sumber minyak sihat saya. Ambil satu sudu waktu pagi dan malam.

Dr Zubaidi Hj Ahmad

#oliviedrzubaidi
#dietdrzubaidi
#nutrisidrzubaidi
#mediterraneandietdrzubaidi

Rujukan penulisan :
Genoni A, Christophersen CT, Lo J, et al. Long‑term Paleolithic diet is associated with lower resistant starch intake, different gut microbiota composition and increased serum TMAO concentrations. Eur J Clin Nutr. Published July 5, 2019.

Comments

Popular posts from this blog

Serangan Jantung Boleh Dielak Dengan Amalan Minyak Zaitun

Cara Minum Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Ketahui

MANFAAT KESIHATAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL